Tahniah Stuart Ramalingam CEO baru MFL, Berita Sedih Untuk Futsal Tanah Air.

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Coretan Wak Pivot kali ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana entiti lain. Berita tergempar apabila Setiausaha Agung FAM, En Stuart Ramalingam telah dilantik sebagai CEO MFL baru. Tahniah Wak ucapkan kepada En Stuart semoga beliau sukses untuk memastikan MFL terus maju pada masa akan datang. 

Tetapi untuk kami peminat futsal ini adalah satu kenyataan yang cukup perit untuk ditelan. Sumbangan beliau kepada sukan futsal tanah air tidak dapat dinafikan. Setelah menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM pada Julai 2018, muncul Malaysia Premier Futsal League pada tahun 2019 dibawah kelolaan beliau. Bagi yang tak tahu, beliau merupakan watak penting dalam penubuhan serta transformasi daripada Liga Futsal Kebangsaan ke Malaysia Premier Futsal League. Sokongan serta penglibatan dia secara langsung dalam projek ini telah membawa dimensi baru dalam arena futsal tempatan. Semua boleh nampak dan boleh dikatakan cukup berjaya walaupun tahun pertama diperkenalkan. Dari sambutan penonton di stadium hingga jumlah penonton yang lihat secara langsung di Astro. Bermula dengan menerusi aplikasi Astro Go sahaja kemudian disebabkan sambutan yang menggalakkan ia dibawa ke saluran TV Astro Arena dengan keputusan ‘number of viewers’ yang cukup memberangsangkan.

MPFL juga telah berjaya menambat hati banyak penaja untuk tampil seperti Yoodo, Cuckoo, Kaki Jersi, Joma, Firefly, 100Plus serta penyiar Astro. Musim 2020 ‘diganggu’ oleh pandemik dan hanya sempat dilangsungkan Match Day 1 dan sehingga kini MPFL masih menunggu masa yang sesuai untuk dijalankan. 

Untuk pengetahuan peminat-peminat futsal, FAM juga bakal melancarkan program akar umbi Suparimau Futsal yang telah mendapat full support dari beliau. Suparimau Futsal telah bermula perancangan pada awal 2020 telah ditangguhkan kick off disebabkan oleh pandemik Covid19. Program yang lebih menekankan aspek pembangunan akar umbi ini bakal menyasarkan penglibatan akademi futsal, jurulatih dan bakal melahirkan lebih ramai pemain berpotensi pada masa akan datang. 

Masih Wak Pivot ingat pertemuan pertama dengan beliau, misi dan visi beliau yang cukup jelas untuk membantu sukan futsal tanah air. Beliau terus komited untuk memastikan MPFL menjadi kenyataan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti dan nilai komersial sukan futsal kepada aras yang lebih baik. 

Ku sangkakan panas sampai ke petang, Kini beliau telah menukar arah setelah dilantik CEO MFL yang baru. Apakah nasib MPFL selepas ini? Besar harapan kami sesiapa sahaja yang dilantik mengisi kekosongan En Stuart untuk menyambung legasi MPFL yang cukup gah diawal pelaksanaan. Semoga idea pembangunan liga yang lebih profesional pada masa akan datang bakal menjadi kenyataan.

Akhir kata, semoga terus sukses En Stuart.

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved