Apa sudah jadi kepada MPFL 2026?

Minggu pertama Sirkit 1 sudah mula membuka mata ramai tentang wajah baru MPFL musim 2026. Masih ada yang bertanya, “MPFL main kat Johor sahaja ke?” Jawapannya tidak.

MPFL 2026 kini menggunakan format sirkit karnival. Sirkit 1 dan Sirkit 2 berlangsung di Stadium Tertutup MBPG, Johor. Selepas itu aksi akan berpindah ke KOMBES Shah Alam untuk Sirkit 3 sebelum Sirkit 4 diteruskan di SUKPA, Pahang.

Untuk jadual penuh, korang boleh rujuk poster rasmi yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang musim MPFL 2026.

Satu lagi persoalan yang banyak kami terima di AFM:

“Betul ke semua perlawanan MPFL live di YouTube?”

YES. Semua perlawanan MPFL 2026 disiarkan secara langsung di channel YouTube MPFLTV dan paling menarik, ianya FREE untuk semua penonton. Bukan PPV.

Terima kasih kepada FAM atas inisiatif ini. Kita sendiri sudah mula nampak highlight perlawanan MPFL mula memenuhi media sosial dan itu satu perkembangan yang sangat positif untuk futsal tempatan.

Daripada apa yang kami lihat setakat Sirkit 1, perbezaan kekuatan pasukan sudah mula nampak jelas.Kelompok elit ketika ini boleh diletakkan kepada Selangor, JDT dan Pahang Rangers.Kelompok pertengahan pula mungkin Kuala Lumpur City dan Terengganu.Manakala USM FC, ATM dan WIPERS masih dilihat berada dalam kelompok bawahan.

Ini hanyalah POV kami berdasarkan keputusan semasa, corak permainan dan kedalaman skuad setiap pasukan.

Kehadiran pemain import berkualiti juga banyak membantu pasukan atasan. Nama paling sensasi ketika ini semestinya Marlon. Pemain import Selangor itu sudah mula mencipta impak besar dengan 8 gol dalam 2 perlawanan, sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan.

Daripada keseluruhan 8 perlawanan Sirkit 1, aksi JDT menentang Pahang Rangers boleh dianggap antara perlawanan paling menghiburkan setakat ini dengan kira-kira 1000 penonton hadir di stadium dan lebih 5500 penonton live streaming https://www.youtube.com/@MPFLMY

Apa-apapun, kita harap ini menjadi permulaan kepada sinar baru futsal negara. 2026 hingga 2028 bakal menjadi tempoh penentu kepada masa depan futsal tanah air.