Grand Final MILO Hidup Bola 2026 menyaksikan PWN (Kuala Lumpur) dan Primer Jr (Kedah) muncul juara bagi kategori Bawah 16 Tahun dan Bawah 12 Tahun.
Bagi kategori Bawah 16 Tahun, PWN FC dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara, manakala RMM FC dari Perak menamatkan saingan sebagai naib juara.
PFA ODIN dari Pulau Pinang dan AZ FAMILIA A dari Kelantan pula berkongsi tempat ketiga.

Bawah 16 Tahun
Johan: PWN FC (Kuala Lumpur)
Naib Johan: RMM FC (Perak)
Tempat Ketiga Bersama: PFA ODIN (Pulau Pinang) & AZ FAMILIA A (Kelantan)
Antara detik paling mencuri perhatian di pentas final ialah aksi penjaga gol PWN FC, Muhammad Zharfan Bin Hadidi Adha, yang menjadi watak penting dalam kejayaan pasukannya.
Zharfan menghasilkan aksi luar biasa apabila berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti berturut-turut di final, satu pencapaian yang cukup dramatik dan menjadi antara momen paling diingati dalam Grand Final kali ini.
Persembahan tersebut turut melayakkan Zharfan dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik bagi kategori Bawah 16 Tahun.
Sementara itu, Muhammad Aiman Zikri Bin Azman dari RMM FC dipilih sebagai Pemain Terbaik Bawah 16 Tahun, selepas membantu pasukannya menamatkan saingan sebagai naib juara.
Anugerah Individu Bawah 16 Tahun
Penjaga Gol Terbaik:
Muhammad Zharfan Bin Hadidi Adha (PWN FC)
Pemain Terbaik:
Muhammad Aiman Zikri Bin Azman (RMM FC)
Bawah 12 Tahun
Kategori Bawah 12 Tahun pula menyaksikan Primer Jr dari Kedah muncul juara.
Tip Tap Dream dari Pahang meraih tempat kedua, manakala Wafie FT dari Selangor dan Tagmy Nibung B dari Terengganu berkongsi tempat ketiga.
Johan: Primer Jr (Kedah)
Naib Johan: Tip Tap Dream (Pahang)
Tempat Ketiga Bersama: Wafie FT (Selangor) & Tagmy Nibung B (Terengganu)
Dengan dua kategori ini melabuhkan tirai, Grand Final MILO Hidup Bola 2026 sekali lagi memperlihatkan persaingan sengit serta kemunculan bakat-bakat muda dari seluruh negara.
Namun bagi kategori Bawah 16 Tahun, aksi tiga penalti berturut-turut yang diselamatkan Muhammad Zharfan pasti menjadi antara cerita paling menarik untuk dikenang daripada pentas Grand Final tahun ini.
