Skor impian berlatih bersama FAM menerusi MILO All Star Challenge!

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram



Berita baik buat semua di luar sana kerana MILO membuka peluang untuk anda merasai program latihan secara boot camp bola sepak, iaitu MILOxFAM Ultimate Experience yang eksklusif. Di bawah bimbingan jurulatih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemenang akan menjalani latihan di kemudahan latihan FAM yang lengkap termasuk akses penuh ke bilik persalinan, asrama, dewan makan dan bas rasmi pasukan Harimau Malaya.

Bila dengar MILO mesti semua ingat dengan karnival futsal MILO Hidup Bola kan? Kali ini mereka hadir dengan cabaran baru iaitu MILO All Star Challenge! Inisiatif untuk peraduan ini adalah bagi mencungkil bakat terpendam generasi pelapis bola sepak tanah air bersesuaian dengan keadaan norma baharu sekarang.

“Sebagai peneraju pembangunan sukan akar umbi, kami teruja menjalinkan kerjasama dengan FAM untuk membawakan MILO All Star Challenge bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi juara masa hadapan negara menerusi sukan.”

“Kami berharap program ini dapat menonjolkan lebih ramai lagi bakat-bakat bola sepak baharu, seperti mana tradisi yang telah kami pelopori menerusi karnival futsal popular kami MILO Hidup Bola selama ini yang telah melahirkan ramai pemain bola sepak kebangsaan,” kata Ng Su Yen, Eksekutif Perniagaan Pegawai – Unit Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Peraduan ini telah bermula di seluruh negara sejak 19 Julai yang lalu & tarikh tutup dilanjutkan sehingga 15 September 2021. Terdapat dua kategori untuk disertai iaitu Kategori Bawah 16 tahun (umur 7 – 16 tahun) dan Kategori Terbuka (umur 17 tahun ke atas). Untuk sertai, peserta perlu memuat naik video berudasi tidak melebih 60 saat ke akaun Instagram dan perlu tag @milo_malaysia dan #MILOAllStar.

Video yang dimuat naik nanti mesti ada gabungan tiga Skil Mandatori (Menimbang, Menggelecek dan Menyepak) di mana setiap satunya harus disertakan satu Skil Penamat pilihan mereka (Hantaran Bola, Merentasi Halangan atau Menjaringkan Gol).

Penyertaan terbaik akan dipilih untuk mara ke Grand Finale, di mana 8 peserta akan ke MILO x FAM Ultimate Experience! Bukan itu sahaja, mereka akan berpeluang merebut  Hadiah Utama untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, Playstation 5, trofi dan e-baucar bernilai RM100; manakala Pemenang Hadiah Kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, satu set konsol permainan, trofi serta e-baucar bernilai RM100. Pemenang Hadiah Ketiga dan Keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000, trofi dan e-baucar bernilai RM100.

Jom serlahkan bakat anda bersama MILO All Star Challenge! Bila anda sertai, anda juga akan mendapat Kod Baucar Shopee bernilai RM5 yang boleh ditebus dengan pembelian minimum RM50. Promosi ini eksklusif untuk peserta MILO All Star Challenge sahaja. Tunggu apa lagi, jom daftar!

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.milo.com.my/milo-all-star.

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved