Syahir Terpaksa Lupakan Hasrat Untuk Beraksi di AFC Cup 2026

AFC Cup 2026

Malaysia terpaksa melupakan khidmat wonderkid futsal negara, Syahir Iqbal, yang disahkan tidak dapat bersama skuad kebangsaan bagi aksi AFC Cup bermula 27 Januari ini di Jakarta.

Syahir mengalami kecederaan serius pada bahagian ACL lutut kanan, yang dialami ketika perlawanan menentang Myanmar di temasya Sukan SEA baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi pemain, Haiqal Hasnor, turut tidak disenaraikan kerana masih dalam proses pemulihan susulan kemalangan jalan raya dan belum berada pada tahap kecergasan terbaik.

Seluruh warga futsal tanah air mendoakan agar Syahir Iqbal dan Haiqal Hasnor diberikan kesembuhan segera serta kembali lebih kuat untuk mengharumkan nama negara di masa hadapan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ