Terbaru

Selepas beberapa tahun sunyi tanpa kejohanan peringkat kebangsaan, Futsal Wanita Kebangsaan akhirnya kembali.Sebanyak 8 pasukan bersedia berentap bermula esok di Arena Futsal Wisma FAM, Kelana Jaya.

Inilah 8 ketua jurulatih yang bakal mengemudi pasukan masing-masing di dalam kotak puaka, medan di mana strategi, emosi dan ketahanan mental benar-benar diuji.

Nama berpengalaman kembali mencuri tumpuan apabila bekas pemain kebangsaan Fairuz Mohd Noor dan Ruzaley Abd Aziz tampil membimbing MBSJ dan BTR Perdana dua pasukan yang tidak asing dalam kancah futsal wanita kebangsaan.

Turut mencuri perhatian, kemunculan Farhana Abdullah, bekas ketua pasukan kebangsaan, yang kini mengetuai Selangor FC Wanita. Sementara itu, Ezuan Othman membawa reputasi besar dari arena futsal IPT bersama UiTM Lioness.

Tidak dilupakan, figura berkarisma Azizi Ismail atau lebih dikenali sebagai โ€œAskar Upahanโ€ yang bakal mengemudi MSU FT Wanita, menambah variasi taktikal dan warna tersendiri dalam persaingan kali ini. Selain itu selamat berjuang kami ucapkan kepada Coach Rifqi Fawzi (ATM FA) , Syafik Ezdee ( N.Sembilan) & Ismail Firdaus (MBPJ).

Esok, segalanya bermula.Bukan sekadar perlawanan ini pertembungan minda di tepi gelanggang. Jadual penuh ada di post sebelum ini. Tiket boleh didapati di Pondok Pengawal Wisma FAM, Kelana Jaya.