Syed Shahrul Niezam bukanlah nama asing dalam landskap futsal Terengganu. Tatkala slot pasukan kebangsaan sering dimonopoli pemain kelab besar, muncul seorang wakil tunggal dari pantai timur yang konsisten menyahut cabaran. Dikenali sebagai Arul, beliau pernah membeli tiket bas sendiri dan berulang ke Wisma FAM setiap kali menerima panggilan negara, satu kisah pengorbanan yang membentuk karakter seorang pemain tulen.
Selain di gelanggang, Arul juga mencipta nama di luar permainan apabila dipilih sebagai Ambassador / Duta jenama Joma, satu pengiktirafan terhadap profesionalisme, imej dan konsistensi prestasinya di peringkat nasional.
Jejak Pencapaian dengan Terengganu.
2017 SUKMA Perak
2019 Tempat Ketiga MPFL
2024 Naib Johan Divisyen 2
2025 Wakil Malaysia layak AFC Cup 2026, Gangsa Sukan SEA
Selepas lapan tahun menabur bakti bersama negeri tercinta, Arul kini berada dalam fasa perbincangan dengan sebuah pasukan MPFL Divisyen 1.
Dengan status pemain kebangsaan serta peranan sebagai duta jenama antarabangsa @jomasport.myJOMA , tidak menghairankan apabila khidmatnya kini menjadi buruan kelab luar. Sebuah babak baru sedang terbuka, lahir daripada kesetiaan, kerja keras dan kepercayaan pada proses.
Terus maju jaya ‘Mat Arul’.
