Segala laluan telah ditentukan.Majlis undian Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 berlangsung pagi tadi di Wisma FAM, Kelana Jaya, sekaligus melengkapkan peta awal saingan edisi kali ini.
Kumpulan A
MBSJ FC, Selangor FC, ATM,UiTM Lioness FC
Kumpulan B
MSU FT,Negeri Sembilan,BTR Perdana FC,MBPJ FC
Saingan peringkat kumpulan bermula 18 hingga 20 Januari 2026, dengan setiap pasukan mengharungi tiga perlawanan bagi merebut slot ke separuh akhir. Hanya dua terbaik setiap kumpulan akan mara ke fasa kalah mati, sebelum penentuan juara pada 24 Januari 2026.
Turut diadakan hari ini ialah sesi taklimat kejohanan melibatkan semua pasukan, merangkumi aspek teknikal, kepengadilan, peraturan, perubatan, keselamatan dan pemasaran sebagai persediaan menuju saingan sebenar.
Semua sudah bersedia.
Kini pentas milik pemain.
