Nama João Nuno Alves de Almeida mungkin masih asing bagi sebahagian peminat futsal tempatan. Namun di sebalik usia yang masih muda (39 tahun) jurulatih kelahiran Portugal ini hadir ke Malaysia dengan profil kejurulatihan bertaraf antarabangsa dan pengalaman luas merentas Eropah, Timur Tengah serta Asia Tenggara.
Pelantikan beliau sebagai Ketua Jurulatih baharu JDT Futsal bukan sekadar perubahan di bangku teknikal, tetapi satu isyarat jelas hala tuju profesional dan berasaskan ilmu yang mahu dibawa oleh kelab gergasi Selatan tanah air itu.

Jurulatih Berteraskan Ilmu & Penyelidikan – Apa yang membezakan João Almeida daripada ramai jurulatih lain ialah latar akademiknya yang sangat kukuh:
- Ijazah Sains Sukan
- Sarjana (Master) khusus dalam Futsal
- Terlibat dalam kajian dan penyelidikan saintifik berkaitan futsal
- Penulis buku kejurulatihan futsal:
- From Preparation to the Decision-Making Moment
(diterbitkan dalam Bahasa Portugis, Inggeris dan Arab)
- From Preparation to the Decision-Making Moment
- Penyelidik dalam bidang decision-making jurulatih futsal
Produk Sistem Futsal Portugal
João Almeida membesar dalam ekosistem futsal Portugal — antara negara paling maju dalam pembangunan futsal dunia. Sejak usia muda, beliau sudah menunjukkan kecenderungan luar biasa dalam kejurulatihan:
- Mula melatih seawal 17 tahun
- Menubuhkan akademi futsal sendiri pada usia 20 tahun
- Berjaya menembusi Liga Perdana Portugal pada usia 25 tahun sebagai jurulatih — pencapaian luar biasa bagi seorang coach muda
Di peringkat pembangunan, beliau merekodkan pencapaian membanggakan:
- Naib Juara Liga Kebangsaan Portugal B-17
- Juara Liga Portugal B-20
- Juara & Naib Juara pelbagai kejohanan futsal universiti dan serantau
Dominasi di Arena Universiti & Eropah
Nama João Almeida turut sinonim dengan futsal universiti di Eropah dan UK. Beliau merupakan:
- 3 kali Juara Universiti United Kingdom
- 2 kali Naib Juara England National League
- Jurulatih yang mencatatkan pencapaian terbaik pernah diraih universiti UK di EUSA Games
- Penyelaras dan mentor keseluruhan sistem futsal di Loughborough University, yang sering diiktiraf sebagai universiti sukan terbaik dunia
Pengalaman ini membentuk beliau sebagai jurulatih yang sangat sistematik, berfokus kepada pembangunan pemain, data dan prestasi jangka panjang.
Membina Pasukan Kebangsaan & Liga
Di peringkat antarabangsa, João Almeida bukan sekadar jurulatih pasukan, beliau juga arkitek sistem. Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Bahrain, Membawa Bahrain menyertai Piala Asia Futsal buat kali pertama, Terlibat secara langsung dalam pembangunan keseluruhan sistem liga futsal Bahrain, Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Lubnan (Pengalaman luas membina struktur futsal dari peringkat akar umbi hingga elit)
Sentuhan di Asia Tenggara – Unggul FC
Sebelum tiba di Johor, João Almeida merupakan ketua jurulatih Unggul FC di Indonesia. Di sana, beliau:
- Mengangkat pasukan dari kedudukan ke-7 ke tempat ke-3 liga
- Membantu melahirkan pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan buat kali pertama
- Memperlihatkan keupayaan mengurus tekanan liga kompetitif Asia Tenggara dengan berkesan
