Sedia maklum, baru-baru ini 2 pemain futsal wanita negara telah pulang daripada Maldives bagi menyertai perlawanan liga di sana.
Wakil AFM berjaya menghubungi Siti Asnidah Zamri atau dikenali sebagai Belly bagi mendapatkan sedikit perkongsian daripadanya.

Menurut Belly, dia berasa sangat bangga kerana dia dan seorang lagi rakan, Masturah Majid merupakan pemain wanita negara pertama yang berpeluang beraksi di luar negara.
โMenjadi pemain import adalah satu impian saya dan saya akan usaha untuk bermain di level yang lebih tinggiโ
โPengalaman yang saya dapat di sana sangat bermakna buat saya. Magoo Star bukanlah satu pasukan yang hebat atau boleh dikatakan amatur. Tetapi, saya sangat suka dan tertarik dengan semangat yang mereka ada. Mereka tidak malu dan sangat supportive!โ, kongsinya.

Namun begitu, pemain yang berusia 19 tahun ini sedar akan ini hanyalah titik permulaan baginya. Dia juga bercita-cita tinggi dimana dia ingin membawa nama negara di mata dunia.
Di majlis penutupan LFK2018 lalu, namanya disebut sebagai pemain terbaik. Namun, hadiah tersebut diambil oleh kedua ibu bapanya.
โAlhamdulillah,ย sayaย dapat pemain terbaik untuk kali ke-3 berturut-turut.ย Tapi,ย dari segi permainan sayaย masih belum berpuas hati keranaย sayaย tahuย sayaย boleh buat yang lebih baikโ, luahnya.

Pemain yang akan mewakili pasukan WP Kuala Lumpur ini juga berharap agar dia dapat membantu team untuk menjadi juara untuk kali yang ke-2ย walaupun sayaย tahu banyak pasukanย yang akan bagi tentangan hebatย kali ini.

Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me. https://accounts.binance.com/uk-UA/register?ref=W0BCQMF1
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.