Sebanyak 47 pasukan yang mencuba nasib di Raja Futsal Sirkit Kelantan yang berlangsung di KB Futsal Arena pada sabtu lalu.
Dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan Jati Mas A berjaya menewaskan KB Futsal Arena B dengan jaringan 1-0 manakala Orbit KFK tewas tipis kepada KB Futsal Arena A melayakkan mereka ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir Raja Futsal Sirkit Kelantan ini menyaksikan Jati Mas A berjaya menewaskan KB Futsal Arena A dengan jaringan 1-0.
Manakala di tempat ke-3 bersama diperolehi oleh pasukan KB Futsal Arena B dan Orbit KFK.
Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Sarawak pada 2 September, ahad ini. Agak-agak siapa Raja Futsal Sarawak? Sama-sama kita nantikan.



Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!