18 PEMAIN DIPANGGIL KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL MALAYAN TIGRESS BAGI PERSIAPAN KE AFF FUTSAL 2026

Kuala Lumpur, 9 Februari 2026 – Ketua jurulatih skuad futsal wanita negara, Jamhuri Zainuddin, telah mengumumkan senarai 18 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad futsal Malayan Tigress sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026 yang akan berlangsung dari 24 Februari hingga 2 Mac 2026 di Korat, Thailand.

Kem latihan pusat ini akan bermula Selasa, 10 Februari hingga 19 Februari 2026 di Wisma FAM, Kelana Jaya, sebelum senarai akhir 14 pemain diumumkan untuk berlepas ke Thailand pada 20 Februari 2026.

BilNama PemainUmurPasukan
1Noorasyeimah Mohamad Rashid32MBSJ FC
2Fatin Shahida Azmi35MBSJ FC
3Nur Shazreen Munazli33MBSJ FC
4Nur Farah Wahida Norlee25MBSJ FC
5Nur Afrina Azhar27MBSJ FC
6Intan Sarah Anisah Zulgafli27MBSJ FC
7Thivyashini Jegatesan19MBSJ FC
8Nur Syafiqah Zainal Abidin25MBSJ FC
9Ayuna Anjani Lamsin23UiTM Lioness FC
10Nur Harizah Mohd Zaini22UiTM Lioness FC
11Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari20UiTM Lioness FC
12Intan Zainal Azhar20UiTM Lioness FC
13Ku Nuwairah Ku Mahadzir19UiTM Lioness FC
14Asma Junaidi34Perdana BTR FC
15Hanis Farhana Shamsul Azizan34Perdana BTR FC
16Nur Lyana Soberi27Perdana BTR FC
17Siti Asnidah Zamri27MBPJ FC
18Farah Syakira Mohd Saad32MBPJ FC

Gabungan Pengalaman & Muka Baharu

Daripada senarai ini, enam pemain dikekalkan daripada skuad Sukan SEA 2025 di Thailand, manakala selebihnya merupakan gabungan pemain yang pernah berada dalam radar kebangsaan serta beberapa muka baharu termasuk pemain daripada skuad bola sepak wanita kebangsaan.

Antara muka baharu yang diberi kepercayaan ialah:

  • Nur Farah Wahida Norlee (MBSJ FC)
  • Thivyashini Jegatesan (MBSJ FC)
  • Nur Harizah Mohd Zaini (UiTM Lioness FC)