Tarikh tutup pengesahan pemain bagi AFC Futsal Cup 2026 telah berakhir dengan kebanyakan pasukan mengumumkan senarai 14 pemain terakhir masing-masing. Malaysia turut melengkapkan proses pemilihan selepas dua minggu latihan intensif di Jakarta.
Sepanjang kem latihan, 18 pemain telah disaring melalui dua minggu latihan serta tiga perlawanan persahabatan antarabangsa. Malaysia berdepan sebuah kelab gergasi Indonesia dan dua pasukan negara yang turut bersaing di AFC Futsal Cup 2026, merekodkan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan di bawah kendalian Addie Azwan.
Menarik perhatian, kemasukan Norakmal (Pahang Rangers) dan Aidil Zakwan (Sel FC B-19 / Malaysia B-19) ke dalam senarai 14 kali ini memberi isyarat jelas bahawa pintu pasukan kebangsaan mula dibuka kepada generasi baharu. Addie Azwan dilihat mula memberikan kepercayaan kepada pemain muda untuk membina masa depan futsal negara. Persoalan yang timbul dalam kalangan peminat ketika ini: Di mana Ayon, Razin, Faaris, Syahmie dan Zainulzahin?
