Rasisme bukanlah perkara baharu dalam pentas sukan, malah ia umpama isi dengan kuku, bagai dakwat dengan kertas, dan kali ini saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) pula menerima tempias daripada tindakan segelintir penyokong yang memiliki sikap perkauman.
Ketika bercakap di World Football Summit, bekas bintang Piala Dunia Brazil, Ronaldo berpendapat tiada manusia yang dilahirkan ke dunia memiliki sifat rasisme dalam diri mereka. “Begitupun, entah bagaimana mereka belajar untuk menjadi seorang yang rasis,” tegasnya lagi.
“Kita perlu menegurnya ketika mereka masih kanak-kanak. Kita wajar melawannya setiap hari dan setiap masa,” tambahnya tentang rasisme.
Baru-baru ini, pemain KL City menaikkan status di Instagramnya tentang serangan rasisme dilaluinya ketika aksi minggu kedua, Divisyen 1.
Kisshaen Ananthan dipetik berkata, “Imbas semula aksi bersama KL City baru-baru ini, walaupun berdepan serangan perkauman (rasisme) daripada seorang penyokong, ia sebenarnya lebih menyemarakkan keazaman saya. Rasisme tiada tempat dalam sukan elit Malaysia.“
“Ubah situasi sukar menjadi kekuatan. Sertai saya untuk berkata TIDAK kepada rasisme dalam sukan futsal,” titipnya lagi di Instagramnya.


Apa yang dimaksudkan dengan Kisshaen adalah beliau membalasnya dengan jaringan gol waima KL City tewas 3-8 kepada Shah Alam City.
Pasti ramai menjangkakan serangan perkauman atau ejekan tersebut datang daripada kem pasukan lawan. Begitupun, Kisshaen tampil menjernihkan keadaan yang kenyataan beliau tidak merujuk kepada sesiapa di kem pihak lawan, namun ia datang daripada individu lain.
Bagi penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan MPFL, buanglah jauh-jauh sikap rasis dalam diri dan jika ada sekalipun, janganlah dilontarkan kepada para pemain. Ingat, rasisme tiada tempat dalam sukan dan Arena Futsal juga menentangnya.
Terlalu rendah tahap mentaliti seseorang itu jika beliau memiliki sifat rasis dalam diri, apatah lagi bangga mempamerkan ia kepada umum.
Kita mampu mengubahnya. Jangan rosakkan MPFL dan arena futsal tanah air dengan juadah rasisme yang tiada tempat dalam komuniti.
Janganlah pula sampai jadi seperti di LaLiga sehingga pemain Real Madrid, Vinicius Junior melabel, “LaLiga adalah milik golongan rasisme“.


This was incredibly helpful and easy to understand. I’ve learned a lot.
Thanks for sharing your thoughts. Very insightful and thought-provoking.
?Necesitas mudarte? https://trasladoavalencia.es ?Necesitas una mudanza rapida, segura y sin complicaciones en Valencia? Ofrecemos servicios profesionales de transporte y mudanzas para particulares y empresas. ?Solicita un presupuesto gratuito y disfruta de nuestro servicio de calidad!
Нужны грузчики? грузоперевозки цена : переезды, доставка мебели и техники, погрузка и разгрузка. Подберём транспорт под объём груза, обеспечим аккуратную работу и соблюдение сроков. Прозрачные тарифы и удобный заказ.
Планируешь перевозку? грузоперевозки удобное решение для переездов и доставки. Погрузка, транспортировка и разгрузка в одном сервисе. Работаем аккуратно и оперативно, подбираем машину под объём груза. Почасовая оплата, без переплат.
Ищешь грузчиков? грузчики помощь при переезде, доставке и монтаже. Аккуратная работа с мебелью и техникой, подъем на этаж, разборка и сборка. Гибкий график, быстрый выезд и понятная стоимость.