Senarai Pemain Skuad Sang Saka Biru

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

PDRM bakal membuat penampilan sulung dalam kancah Malaysian Premier Futsal League 2022 bermula 14 Januari depan di mana pasukan ini dijadualkan akan beraksi dua perlawanan di sirkit pertama nanti.

Mereka akan bertemu Shah Alam City pada 14 Januari sebelum turun di perlawanan kedua pada 16 Januari bertemu pasukan Selangor TOT United.

Untuk debut musim ini, PDRM akan dibimbing oleh ketua jurulatih, Addie Azwan dan beliau akan dibantu oleh barisan kejurulatihan Sazaril Azmi, Khairul Ammar, Prasad Money Raj sertaNik Mohamad Jefri selaku fisioterapi.

Dari segi pengurusan pasukan ini akan dijaga oleh Inspektor Zulhilmi selaku pengurus serta pembantu pengurus Inspektor Shahrul Nizam dan tidak lupa juga Aizul Rohan Anuar selaku penasihat pasukan.

Melihat kepada barisan pemain, barisan kejurulatihan telah menyenaraikan 24 pemain untuk membawa nama skuad Sang Saka Biru di MPFL 2022. Gabungan pemain yang terdiri daripada anggota PDRM serta beberapa pemain luar yang dipanggil untuk memperkuatkan pasukan.

Dikhabarkan skuad ini bakal diketuai oleh pemain berpengalaman PDRM, ASP Abdullah Hadi Abdullah Sani yang tidak asing dalam futsal amatur dan pernah bersama Kelantan di kelayakan Liga Futsal Kebangsaan sebelum ini. Skuad ini juga berjaya membawa masuk beberapa pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan antaranya, Ridwan Zainal, Afif Najmi dan Hazim Suleiman.

Dengan pengalaman yang ada pada ketua jurulatih pasti dia akan membawakan sesuatu yang menarik untuk kita saksikan daripada pasukan ini di MPFL nanti. Semoga berjaya skuad Sang Saka Biru!

Berikut merupakan senarai pemain PDRM:

  1. Mohamad Shafuan Bin Ishak
  2. Muhammad Rusyaidi bin Roslan
  3. Mohd Fazli Azrin Bin Azizan
  4. Suhaimi B Abdul Jabar
  5. Muhd Al-Hakim Bin Roslin
  6. Mohd Hafiz Bin Abu Zin
  7. Mohd Faisal Bin Saharudin
  8. Muhammad Rushdi Bin Husin
  9. Muhamad Razin Bin A Rahim
  10. Dick Cheny Waili
  11. Abdullah Hadi Bin Abdullah Sani
  12. Mohd Ridhwan bin zainal
  13. Afif Najmi bin Muhamad Izwan Jaya Seelan
  14. Md Dzohrill Hafeeq Bin Ismawi
  15. Ahmad Afif Bin Fizhal Zainudin Putra
  16. Muhammad Shafiq bin Mohd Tahir
  17. Ahmad Shafeez Bin Ibrahim
  18. Haziq Haikal Bin Misri
  19. Aniq Rusydi Bin Abdul Rahman
  20. Mohamad Fauzi bin Ab Hamid
  21. Nur Hazim Bin Suleiman
  22. Muhammad Addin Naufal Bin Rahmad
  23. Muhammad Nur Hakim Bin Abdullah

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved