Senarai Pemain Pasukan Kuala Lumpur City

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Malaysian Premier Futsal League 2022 bakal menjadi tahun kedua pembabitan pasukan Kuala Lumpur City dalam liga ini selepas edisi pertama pada 2019. Malah sebelum liga dijenamakan ke MPFL, pasukan ini sudah beraksi di dua edisi Liga Futsal Kebangsaan pada tahun 2017 dan 2018.

Bermula dari pusingan kelayakan pada tahun 2017, pasukan ini terus kekal sehingga kini untuk memberikan cabaran dalam saingan liga futsal tertinggi di Malaysia ini. Dalam masa boleh dikatakan pasukan ini memberi peluang serta melahirkan bakat-bakat baru untuk diketengahkan.

Pada tahun lepas juga salah seorang pemain daripada pasukan ini Dinesh Kumar berjaya dipanggil sertai kem latihan pusat skuad futsal kebangsaan dan itu boleh dikatakan satu pencapaian yang baik. Dinesh juga antara pemain yang kekal beraksi dengan KL City untuk MPFL 2022.

Skuad yang dikendalikan oleh bekas pemain futsal kebangsaan, Jerry Dinesh Pireira menyenaraikan 24 pemain bagi MPFL 2022. Sebahagian besar pemain yang sama daripada musim lepas dikekalkan dan selebihnya bakal membuat debut di liga ini nanti.

Antara pemain berpengalaman yang akan membantu skuad ini antaranya Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar dan Yakish Rao. Dua individu yang pasti akan terus diberi peranan tanggungjawab untuk membantu pemain-pemain muda lain, malah difahamkan dua pemain ini antara pemain senior yang sudah lama bersama pasukan KL City.

KL City akan membuka saingan musim ini bertemu pasukan Terengganu pada 14 Januari dan seterusnya Shah Alam City pada 16 Januari. Dua perlawanan yang mereka akan hadapi di sirkit pertama.

Berikut merupakan senarai pemain Kuala Lumpur City:

  1. Muhammad Nur Amri Mohd Zulhaini
  2. Ashvin A/L Sivakumar
  3. Irsyad Ruzain Zamri
  4. M.Nishindran A/L S.Mahendran
  5. Hazim Ahmad Thajudeen
  6. Chandramohan Nagendran
  7. Yakish Rao A/L Kannanyadu
  8. Muhammad Akram Mukhriz Muhammadiah
  9. Dinesh Kumar A/L Kumaran Raja
  10. Iza Muhammad Hassan Bostamam
  11. Rehsan Kumar A/L Sivam
  12. Muhammad Shafiz Azam Md Azam
  13. Muhammad Amirul Khairuddin
  14. Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar
  15. Jaya Prahkashrao A/L Kannanyadu
  16. Dineshvaran A/L S. Puvanesvaran
  17. Dharmmesh A/L Thamilarsu
  18. Muhammad Adam Aimal Che Mohd Kamal
  19. Mohammad Zunnurain Nor Sham
  20. Muhammad Adam Syami Rosli
  21. Rifqi Danish Roshdan Sujak
  22. Muhammad Hadzrul Hamirul Hafiq Achok
  23. Muhammad Shazmie Shafwan Suhaimi
  24. Neelarubben A/L Rathakirushnan

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved