Joshua Lee Idam Sarung Jersi Kebangsaan

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Joshua Lee Chia Chen antara pemain yang perlu diberikan perhatian di saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 nanti. Melihat kepada prestasi pemain ini di beberapa perlawanan pra-musim MPFL baru-baru ini, Joshua atau lebih dikenali dengan panggilan Josh dilihat antara kekuatan untuk pasukan Negeri Sembilan.

Kalau ikutkan sejak zaman Liga Futsal Kebangsaan lagi jarang untuk kita melihat kaum cina bermain di peringkat tertinggi futsal ini tapi disebabkan minat yang tinggi, tidak ada masalah untuk Josh berusaha untuk mendapatkan tempat bagi beraksi di pentas tertinggi ini sekaligus selangkat untuk mencapai impiannya.

Karier futsal Josh bermula selepas dia pulang daripada Jakarta dimana dia tinggal di sana selama 7 tahun. Pulang ke Malaysia dan Josh dapat bermain futsal di liga amatur bersama Leonis dan One United FC.

“Pada awalnya saya minat bermain bola sepak, di Jakarta saya banyak bermain bola di sana. Selepas balik ke Malaysia saya diajak untuk bermain futsal dan sejak itu saya mula suka untuk bermain sukan ini . Saya ada bermain di perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur City dan dapat peluang sertai pasukan ini ketika pertengahan musim MPFL 2019”.

Kemudian Josh turun ke sesi pemilihan Negeri Sembilan dan kemampuan dia berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan Negeri Sembilan untuk menandatangani pemain ini bagi saingan MPFL 2022.

“Untuk MPFL 2022 nanti, persediaan saya dan pasukan berjalan dengan baik. Semakin hampir dengan liga ini banyak tumpukan dalam persediaan taktikal serta kecergasan untuk menghadapi lawan yang lebih berpengalaman nanti.”

“Saya berharap saya dapat memberikan aksi yang terbaik untuk membalas kepercayaan dan peluang yang diberikan pasukan Negeri Sembilan. Bukan mudah untuk saya dapat peluang ini dan dalam masa sama saya harap saya boleh menyarung jersi futsal kebangsaan satu hari nanti sekaligus ingin meneruskan legasi dan buat “comeback” menjadi pemain cina mewakili Malaysia selepas zaman Coach Yong jika ada rezeki.”

Selain bermain futsal bersama pasukan Negeri Sembilan, Josh yang merupakan graduan lulusan ijazah bidang Kejuruteraan Aerospace, Aeronautical dan Astronautical/Space di University of Southampton ini sekarang juga bekerja dalam bidang audit di PwC.

Bekerja di bidang swasta dan dalam masa sama bermain futsal satu tanggunjawab serta pengorbanan yang tinggi kerana perlu membahagikan masa untuk kedua-dua bidang. Kami ucapakan semoga maju jaya buat Josh.

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved