51 Pengadil Futsal Bersedia Untuk MPFL 2022

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sebanyak 51 pengadil futsal telah dikumpulkan untuk menyertai seminar dan ujian kecergasan tahunan pengadil futsal 2022.

Program yang berlangsung selama 4 hari di Tabung Haji Hotel dan Arena Futsal FAM dianjurkan oleh Unit Pengadil FAM bertujuan untuk persediaan pengadil untuk bertugas di Malaysian Premier Futsal League 2022 yang akan bermula pada 14 Januari depan. Ini amat penting sebagai refresher buat pengadil selepas hampir 2 tahun tiada perlawanan futsal di Malaysia.

Apa yang menarik daripada 51 pengadil yang hadir terdapat 4 pengadil wanita yang turut terlibat dalam program ini yang telah dikendalikan oleh Ketua Unit Pengadil FAM, Haji Kassim Kadir Bacha dibantu oleh tiga instruktur iaitu Badrul Hisham Kalam, Mohd Kamir Yusof dan Ahmad Tajuddin Mohd Yusof.

Buat semua pengadil yang akan dipanggil untuk bertugas di MPFL, kami ucapkan semoga berjaya. Semoga tahun mereka semua dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved