
Perjalanan Kami Masih Panjang – Yazeed Hamzah
On February 16, 2017 by FixoPengendali pasukan futsal Pahang, Yazeed Hamzah masih tidak mahu cepat berpuas hati di atas pencapaian pasukanya peroleh dua kemenangan pertama pada minggu lepas di LFK 2017.
“Saya bersyukur kerana misi kami untuk membawa 6 mata penuh pada minggu pertama tercapai. Namun masih banyak perkara perlu saya perbaiki dan masih terlalu awal untuk saya berpuas hati ke atas persembahan anak-anak buah saya,” kata Yazeed.
Tambahnya, kesemua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing, kami masih belum berjumpa pasukan-pasukan pilihan seperti Melaka dan Felda United yang mempunyai majoriti pelatih kebangsaan.
“Bagi pasukan baru lain saya pasti mereka akan bangkit selepas ini dan oleh itu kami perlu lebih bersedia dan berhati-hati selepas ini,” kata Yazeed.
Pada minggu kedua ini pasukan Pahang akan bertemu pasukan T-Team dan juga KL Petaling Putra.
“Sudah semestinya 6 mata menjadi target kami setiap minggu, dan saya berharap para pemain akan kekal fokus untuk setiap perlawanan yang mereka hadapi,” katanya.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.