MPFL 2024 FAM kouta import

Perubahan Syarat Kouta 2 Import Untuk MPFL 2024 Jadi Realiti

Nampaknya khabar angin tentang perubahan syarat kouta pemain pemain import menjadi kenyataan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkannya dalam satu taklimat pertandingan yang dianjurkan mereka, kira-kira seminggu yang lalu.

Syarat pemain import pada edisi sebelum ini adalah satu import terbuka dan satu Asia, malah perubahan inilah yang dinantikan pasukan.

Jika dilihat semua pasukan masih belum mengumumkan senarai penuh pemain import apabila belum menerima pengesahan rasmi FAM.

Dengan pengesahan ini, dapat dijangkakan semua pasukan akan mengumumkan senarai penuh pemain import mereka dalam masa terdekat. MPFL 2024 dijangka akan membuka tirainya pada 17 Februari depan dengan penyertaan lapan pasukan di Divisyen 1.

Pahang Rangers antara yang terawal melengkapkan senarai import mereka selepas mengumumkan penyertaan seorang lagi pemain kelahiran Brazil, Filipe de Souza. Sebelum ini, mereka mengumumkan kehadiran bekas pemain kebangsaan Brazil, Murilo Saad.

Dalam pengumuman yang dibuat pagi semalam, juara berganda musim lalu itu menjadi pasukan ketiga yang menggunakan syarat terbaru tersebut. Malah, de Souza juga tidaklah terlalu asing dengan bumi Malaysia tatkala ini merupakan kunjungan kedua buat dirinya.

Sebelum ini, pada tahun 2017, beliau yang ketika itu merupakan seorang pemain bola sepak hadir untuk bermain bersama Melaka United.

Pasukan pertama yang mengguna pakai syarat baru tersebut – waima belum ada pengesahan, adalah Selangor selepas mengumumkan penyertaan penyerang berbisa Shah Alam City musim lalu, Well Pereira, menyertai seorang lagi pemain Brazil, Matheus Vasconcelos Silva.

Ia kemudian diikuti oleh Sabah yang terus mengumumkan kehadiran Joao Gabriel untuk melengkapkan gandingan Brazil bagi musim depan selepas ‘lampu hijau’ oleh FAM. Mereka sebelum itu menerbangkan Felipe Leite – peledak berbisa dari Brazil hampir sebulan yang lalu.

Start a Conversation