Terbaru

Dominasi Kelantan FT Lengkap Dengan Gelaran Juara dan Anugerah Individu

Pasukan Kelantan FT kendalian Nik Muhammad Amin Nik Mohamad muncul juara edisi sulung kejohanan selepas menewaskan Selangor FC bimbingan Eoh Shao Yao dengan keputusan 4-1 di perlawanan akhir. Kemenangan itu menyaksikan Selangor FC berpuas hati selaku naib juara.

Dalam majlis penutup, beberapa anugerah individu turut disampaikan bagi menghargai prestasi cemerlang para pemain sepanjang kejohanan.

Kapten Kelantan FT, Faaris Amsyar Marhaidi, telah dipilih sebagai Pemain Terbaik, manakala rakan sepasukannya, Ammar Harith Mohammad, menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, pemain Selangor FC, Aidil Afiqzam Mohd Nasir, dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak selepas mencatat sembilan gol sepanjang kejohanan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail, dan Exco FAM, Datuk Haji Mohd Hisamudin Yahaya, masing-masing selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM.