Terbaru

PADA USIA 18 TAHUN 2 KEJUARAAN BESAR.

Kelantan Futsal baru sahaja mengukir sejarah dengan menjuarai edisi sulung Kejohanan Futsal Bawah 19 Tahun Kebangsaan 2025, dan di sebalik kejayaan gemilang ini, nama kapten mereka, Mohamad Faaris Amsyar Bin Marhaidi, mula menjadi bualan peminat.

Pada usia 18 tahun, Faaris Amsyar telah membuktikan kepimpinannya dengan menjulang piala berprestij ini. Kisah perjalanannya dalam futsal bermula seawal umur 11 tahun melalui program MILO CHAMPIONS CLINIC di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Coach Nik Mohd Amin. Hubungan ini diteruskan apabila Faaris mewakili pasukan N10 dari umur 15 tahun hingga kini, juga di bawah bimbingan Coach Nik.

Rekod Faaris Amsyar cukup mengagumkan:

โ€ข Pencapaian Terbaik (Futsal):

โ€ข Juara MPFL Div 2 (2024)

โ€ข Juara Liga Futsal Kebangsaan U-19 (2025)

โ€ข Pengalaman Liga:

โ€ข Mewakili UTP RAPTORS di Liga IPT 2025

โ€ข Mewakili KELANTAN FT di MPFL DIV2 2024 dan 2025.

Apabila ditanya mengenai harapannya, Faaris bertekad: “Saya berharap dapat terus tingkatkan prestasi, belajar dari pemain-pemain yang lebih berpengalaman, dan terus berkembang dalam bidang futsal tanpa mengabaikan pembelajaran.” Beliau turut memasang impian untuk beraksi di MPFL Div 1 dan mewakili negara suatu hari nanti.

Sama-sama kita berikan sokongan padu kepada permata Kelantan ini. Masa depan futsal negara nampaknya cerah!