Kejohanan Futsal MAKSAK 2025 yang berlangsung dari 23 hingga 26 Oktober 2025 telah menyaksikan aksi sengit dan berkualiti tinggi daripada kontinjen seluruh negara. Kejohanan tahunan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan, tetapi juga platform memperkukuh semangat kesukanan serta hubungan silaturahim antara penjawat awam di seluruh Malaysia.
Dalam Kategori Lelaki, pasukan Pahang tampil cemerlang apabila menjuarai edisi kali ini selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan. Tempat naib juara menjadi milik Selangor, manakala Johor dan Terengganu berkongsi kedudukan ketiga bersama selepas menampilkan semangat juang tinggi di peringkat separuh akhir.
Sementara itu, dalam Kategori Wanita, pasukan Kuala Lumpur berjaya muncul juara selepas mempamerkan kehebatan taktikal dan kekuatan berpasukan yang mantap. Selangor sekali lagi menunjukkan kemampuan mereka dengan meraih tempat naib juara, manakala PDRM dan Sabah berkongsi kedudukan ketiga bersama.
Kejohanan ini jelas menunjukkan peningkatan mutu permainan futsal di kalangan penjawat awam, di samping memperkukuh pembangunan bakat dan semangat berpasukan. Setiap pasukan memperagakan permainan bertenaga dan disiplin tinggi, mencerminkan semangat kesukanan sejati yang menjadi tunjang kepada kejohanan MAKSAK.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan atas semangat kesukanan dan perjuangan di atas gelanggang!
AFM terus komited dalam menyokong dan memperkasakan pembangunan futsal di seluruh Malaysia.
