Terbaru

Skuad Futsal B-19 Negara Sedia Beraksi di Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025

Skuad futsal bawah 19 tahun kebangsaan kini bersedia menghadapi cabaran baharu di pentas antarabangsa menerusi ASEAN U19 Boysโ€™ Futsal Championship 2025 yang akan berlangsung dari 23 hingga 29 Disember 2025 di Nonthaburi, Thailand.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Myanmar dan Kemboja, manakala Thailand, Vietnam dan Brunei menghuni Kumpulan A. Setiap pasukan akan beraksi secara round-robin, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Kejohanan ini menjadi medan penting buat pemain muda negara menimba pengalaman dan meneruskan kesinambungan pembangunan skuad futsal kebangsaan.

Aksi penuh semangat anak muda ASEAN bakal menghangatkan gelanggang Disember ini!