Senarai Pemain Selangor Mac Yang Dijangka Sertai JDT

Selangor MAC

Sebagai persiapan menghadapi musim baru MPFL, Selangor MAC telah melepaskan tujuh orang pemain. Pemain-pemain ini dikatakan bersetuju menyertai pasukan baru JDT.

Tujuh pemain ini ialah Hadee Taufiq, Firdaus Ambiah, Ekhmal Shahrin, Danial Dain, Azwann Ismail, Azri Rahman dan Saad Sani.

Kesemua pemain kecuali Danial Dain pernah mewakili pasukan futsal negara di peringkat antarabangsa.

Selangor MAC melihat dengan melepaskan pemain-pemain ini, ini dapat memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk mengisi kesebelasan utama pasukan.

Dengan ketujuh-tujuh pemain dikhabarkan telah dipikat JDT, saingan MPFL musim hadapan membabitkan Selangor MAC dan JDT pastinya akan lebih panas dan meriah.