Rekod Tanpa Kalah Pahang Rangers Lebur (Rumusan Hari 3 Sirkit 4)

Rekod Pahang Rangers sebagai satu-satunya pasukan yang belum tewas sehingga sirkit 4 akhirnya lebur selepas mereka terpaksa akur kecundang 3-4 kepada Pahang Rangers. PDRM yang terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri penjaga gol lawan tidak dapat bertahan lama selepas seminit kemudian Abu Haniffa menjaringkan gol penyamaan.

Kemudian mereka terus menguasai perlawanan dengan tambahan 2 gol daripada Abu Haniffa sekali lagi dan Ridzwan Bakri. Masuk separuh masa kedua PDRM tampil dengan aksi yang lebih agresif dan Rushdi Husin menjadi wira dengan jaringan Hatrik pada minit 22,23 dan 31 sekaligus menutup perlawanan ini dengan kemenangan buat pasukannya.

Perlawanan pembukaan pada hari ketiga di sebelah pagi menyaksikan KL City yang mencatat kemenangan sebelum ini tidak dapat meneruskan rentak tersebut selepas terpaksa akur tewas kepada pasukan KPT-PST Mustangs dengan jaringan 1-3. Skuad kendalian coach Wan Suratman berada dalam keadaan yang lebih bersedia untuk mereka menang perlawanan ini dan sekaligus pasukan yang dibaris pelajar-pelajar IPTA kini berada di kedudukan ke-6 liga hanya 3 mata di belakang pendahulu.

Kuala Lumpur yang turun pada sebelah petang sekali lagi dihukum dengan kekalahan besar 1-8 kali ini mereka tewas kepada pasukan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan yang turun satu perlawanan sahaja pada sirkit ke-4 berbanding Kuala Lumpur manfaatkan peluang rehat yang mereka ada untuk tampil lebih bertenaga pada perlawanan ini. Sementara untuk Kuala Lumpur sekali lagi mereka tewas dengan keputusan yang sama untuk sirkit ini sekaligus mereka terus berada di kedudukan tercorot liga.

Perlawan terakhir di sebelah malam menjadi milik Selangor TOT United yang bangkit selepas tewas sebelum ini untuk menang ke atas Terengganu dengan keputusan 5-4. Gol Selangor TOT United dijaringkan oleh Aidil Shahril dua gol, Nurasyraaf Azle serta Hazreen Ali 1 gol dan 1 gol sendiri pemain lawan.