MBSA Tampil Membantu & Memeriahkan Lagi Saingan Malaysia Premier Futsal League 2022

Satu kerjasama baru berjaya direalisasikan antara Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penganjuran saingan Malaysia Premier Futsal League 2022.

Kerjasama ini akan bermula di MPFL sirkit ke-5 bermula esok sehingga sirkit ke-9 dimana mereka akan menaja kos pengelolaan setiap perlawanan di MPFL seperti urusan penjualan tiket, urusan medikal (ambulance), keselamatan dan beberapa perkara lain yang penting bagi penganjuran perlawanan.

Manakala urusan kos penempahan venue akan terus kekal ditanggung FAM. Dengan kerjasama ini hak penjualan tiket akan menjadi milik FAM dan MBSA tertakluk kupada peruntukan di peraturan pertandingan 2022.

Sebelum ini semua kos pengelolaan perlawanan adalah menjadi tanggungjawab setiap pasukan tuan rumah dan dengan keadaan semasa, ia nampak menjadi sedikit masalah buat beberapa pasukan daripada segi bajet. Perkara ini mendapat perhatian Timbalan Datuk Bandar MBSA, Encik Mohd Rashidi Ruslan dan beliau mengambil inisiatif untuk menjalankan kerjasama ini.

Minat yang kuat dalam arena sukan membuatkan beliau berusaha untuk membantu MPFL musim ini, malah beliau juga telah memberi sokongan kepada MBSA uituk beraksi di MPFL 2022 di bawah Selangor Shah Alam City FC.

Ini juga salah satu langkah promosi untuk menjadikan Shah Alam sebagai salah satu lokasi untuk sukan dengan penganjuran liga tertinggi ini.

Menurut ketua jurulatih KL City FC, Jerry Dinesh dia gembira dengan kerjasama ini yang sedikit sebanyak pasukan yang bertanding di MPFL 2022.

“Saya ingin berterima kasih kepada MBSA terutama Timbalan Datuk Bandar & saya berharap selepas ini lebih banyak kuasa besar dalam apa dua industri memberikan sokongan kepada sukan terutama futsal yang ada potensi untuk pergi jauh.”

“Saya juga nampak ini sebagai salah satu pembaikan dari segi penganjuran MPFL musim kedua ini dan gembira melihat FAM mengambil tahu tentang isu yang melanda pasukan serta cepat mengambil langkah yang sebaiknya untuk membantu.”

Sirkit ke-5 MPFL akan bermula pada hari esok sehingga Isnin dan pasukan TRW Kelantan FC akan membuka tirai menentang Selangor MAC.