Nafas Baru Futsal Wanita Tempatan

Rabu lalu telah berlangsungnya ROF WOMEN FIFA COURT LEAGUE di Republic of Futsal yang terletak di Petaling Jaya.Namun,liga ini bukan seperti liga wanita yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Liga ini membenarkan sebanyak 5 pemain MPFL di dalam satu pasukan dan hanya boleh menggunakan sebanyak 2 pemain MPFL dalam sesuatu masa.

Kami di Arena Futsal berpeluang untuk hadir ke upacara perasmian dan melihat dua perlawanan pertama liga tersebut yang menyaksikan Orcatrans FC mengalahkan Falcon FC dengan skor 3-1,manakala REM FC menewaskan Night Venom FT dengan skor 6-0.

Kredit gambar : @dhcophoto

Pemain seperti Intan Serah,Hanis Azizan,Nani Azizan dan juga Asnidah Zamri yang tidak asing lagi dalam dunia futsal adalah antara yang mengambil bahagian di liga yang dipertandingkan buat julung kalinya ini

Disertai sebanyak 9 pasukan yang melihatkan campuran pemain amatur dan profesional,ianya seperti memberi nafas baru terhadap dunia futsal wanita sendiri,peluang untuk pemain berstatus amatur untuk menentang dan bersama pemain profesional hanya akan memberi impak yang bagus terhadap akar umbi futsal wanita.

Malah,aturan permainan juga menggunakan format formal seperti di MPFL,lantas,dapat memberi pengalaman baru kepada pemain amatur tentang suasana yang dialami pemain profesional.

9 pasukan yang menyertai liga anjuran Republic Of Futsal ini adalah :

Orcatrans FC

Falcon FC

MBPJ FC

MBSA FC

Putra Ria FC

REM FC

Night Venom FT

DOV FC

7FT

Kami di Arena Futsal teruja untuk melihat perkembangan liga ini dan mengharap dapat melihat yang terbaik dari semua pemain demi menyumbang kepada babak futsal di negara kita.

Start a Conversation