Senarai Pemain Pulau Pinang Bagi MPFL 2022.

Melihat kepada senarai pemain pasukan Pulau Pinang nampak mereka akan tampil dengan wajah baru di Malaysian Premier Futsal League 2022 yang akan bermula minggu depan.

Rata-rata hampir 70% pemain baru dibawa masuk dan pemain yang bakal menyaruh jersi Harimau Kumbang kali ini boleh dikatakan berpengalaman sekaligus menjadi kekuatan kepada pasukan ini yang perlu pasukan lain berhati-hati.

Antara pemain baru yang dibawa masuk oleh barisan kejurulatihan yang diketuai Hasrinizam Hashim seperti Fadzil Karnim, Syahman Idris, Iqhmal Najmi yang pernah bersama skuad futsal kebangsaan sebelum ini. Malah Pulau Pinang juga berjaya menandatangani bekas kapten Perak, Faizul Azuan dan dia hadir ke pasukan ini dengan Wan Norhisyam serta Firdaus Zulkefli.

Sementara itu, pemain lama yang masih kekal adalah seperti Syafiq Rashid, Hanis Izzudin dan Haziq Yusoff. Pemain yang berada bersama pasukan ini ketika edisi pertama MPFL 2019 dimana Pulau Pinang menamatkan saingan di tempat ke-9.

Jika dilihat kepada barisan pemain, nampak lengkap di setiap posisi dan kini tinggal untuk mencari pair terbaik untuk diturunkan di MPFL 2022 nanti.

Berikut merupakan senarai pemain Pulau Pinang:

  1. Mohamd Fadzil Bin Ab Karnim – Fixo
  2. Syahman Bin Idris – GK
  3. Iqhmal Najmi Bin Ismail – Ala
  4. Aizat Bin Saari – Ala
  5. Mohd Syarul Nizam Bin Ag Hassan – Ala
  6. Muhammad Faizul Azuan Bin Ramli Sharip – Fixo
  7. Wan Norhisyam Bin Ar Wan Nasri – Pivot
  8. Muhammad Firdaus Bin Zulkefli – Ala
  9. Muhamma Ammar Shafiq Bin Riduan – Ala
  10. Muhammad Hikmal Firdaus Bin Muhammad Darul Ridzuan – Pivot
  11. Syahril Ezuwan Bin Sadre – Ala
  12. Muhammmad Nazrin Ashraf Bin Md Radzi – Fixo
  13. Muhammad Amirul Bin Md Radzi – Pivot
  14. Radzwil Bin Ahmad – Ala
  15. Muhammad Afiq Danial Bin Abd Halim – Ala
  16. Iskandar Bin Harun – Ala
  17. Mohd Redzuan Bin Nawi – Fixo
  18. Muhammad Hanis Izzudin Abdul Latif – Ala
  19. Muhammad Syafiq Abdul Rashid – Ala
  20. Muhammad Haziq Mohd Yusoff – Ala
  21. Muhammad Muazim Ismail – GK
  22. Mohamad Faezwan Ashwandie – GK

Start a Conversation