Senarai Pemain ATM Yang Bersedia Gempur di MPFL 2022

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Lebih kurang seminggu lagi sebelum kempen Malaysian Premier League Futsal 2022 bermula dan pasukan ATM kini dalam persiapan terakhir sebelum turun dengan pasukan yang berwajah baru.

Semestinya skuad 8 tahun lalu ketika mereka bermain di Liga Futsal Kebangsaan berbeza kerana kali ini ATM tampil dengan gabungan 3 anggota badan Tentera yang berbeza.

20 pemain yang terpilih kali ini merupakan gabungan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Menurut ketua jurulatih Izmir Firdaus, para pemain ini dipilih melalui Kejohanan Interservis Antara Perkhidmatan Tentera.

Sekarang kesemua pemain berada di kem latihan pusat di Pangkalan Udara Sendayan dan mereka akan berpusat di sana sehingga tamat MPFL 2022.

Pasukan yang baru ditubuhkan semula ini akan turun dengan misi mencapai sasaran 8 pasukan terbaik dalam liga sekaligus ingin memberikan saingan sengit buat semua pasukan yang sudah berpengalaman.

ATM akan memulakan saingan MPFL menentang TRW Kelantan.

Berikut merupakan senarai pemain ATM:

  1. Mohd Azizul bin Zainun
  2. Wan Sazman bin Wan Mat
  3. Mohd Shamsuri bin Saleh
  4. Mohamad Afiq bin Mohamed Subri
  5. Alif Iqwan bin Hussin
  6. Mohamad Syafuan bin Azizan
  7. Wan Ahmad Baihaki Atiqullah bin Wan Ibrahim
  8. Muhammad Iqbal bin Zainol
  9. Mohamad Fazal Asyraf bin Fazal Rahim
  10. Saiful Azuan bin Abu Halipah
  11. Aniq Syazani bin Abu Salim
  12. Mohd Amil Hafidzi bin Md Yusiani
  13. Razimar bin Opao
  14. Muhammad Fazli bin Abu Bakar
  15. Mohamad Syaiful Syafiq bin Zuraimi
  16. Andrew ak Charlie
  17. Mohd Izzul Syahmi bin Ahamad Surian
  18. Muhammad Muhaymin bin Zamri (U19)
  19. Muhammad Shahhamin bin Shahbani (U19)
  20. Muhammad Amirul Hakimi bin muhd Admi (U19)

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved