Persediaan di Ho Chin Minh Cukup?

Kurang persediaan dan perlawanan persahabatan membuatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima permohonan pasukan futsal negara untuk ke Vietnam seminggu awal. Itu perancangan yang dilakukan barisan kejurulatihan futsal negara sebelum beraksi di Sukan SEA 2021 pada 11 Mei ini.

Skuad kendalian Chiew Chun Yong untuk lelaki dan Jamhuri Zainuddin untuk wanita terbang ke Ho Chin Minh pada 3 Mei lepas untuk melakukan latihan pusat di sana dan mereka juga beraksi di dua perlawanan persahabatan di sana.

Bagi pasukan lelaki, mereka turun menentang Cao Bang FC dan berjaya meraih kemenangan tipis 3-2 sebelum mereka terpaksa akur tewas di perlawanan persahabatan kedua menentang Sahako FC dengan keputusan 0-2. Sementara untuk pasukan wanita pula, mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Cao Bang FC dan terikat seri tanpa jaringan dengan Thai Son Nam FC di perlawanan persahabatan kedua.

Perlawanan ini sangat penting buat pasukan futsal negara sebelum turun beraksi di Sukan SEA nanti tapi melihat kepada keputusan ini terutama buat pasukan lelaki. Susah untuk menilai prestasi semasa kedua-dua pasukan kita kerana perlawanan persahabatan ini dijalankan secara tertutup. Malah jika melihat kepada lawan kita, Cao Bang FC merupakan pasukan di kedudukan kedua terakhir di Liga Vietnam Musim 2021 sementara Sahako FC merupakan naib juara liga mereka.

Walaubagaimanapun kami percaya barisan kejurulatihan sudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta ada perancangan sendiri untuk turun dengan aksi yang lebih baik di Sukan SEA nanti. Banyak kerja yang perlu dilakukan dalam masa 3-4 hari lagi sebelum saingan sebenar bermula.

Harapan semua peminat semestinya mahu melihat kejayaan dengan membawa pulang pingat Emas. Sokongan pasti akan diberikan sama ada mereka mampu atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Kredit Foto: FAM & Sahako FC