Sabtu lalu berlangsungnya perlawanan Hidup Bola Milo Sirkit Pahang bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.
Jumlah penyertaan bagi Bawah 12 Tahun sebanyak 36 pasukan manakala Bawah 16 Tahun sebanyak 53 pasukan.
Bagi kategori Bawah 12 Tahun pasukan Putrajaya C menunjukkan aksi cemerlang dengan mengalahkan pasukan Kuantan Tiger A dengan jaringan 1-0 di separuh akhir dan SBJ Warriors dengan jaringan 3-2 di perlawanan akhir.
Manakala, di tempat ketiga bersama adalah pasukan Kuantan Tiger A dan RSJ JR.
Dalam kategori ini, pemain terbaik telah diberikan kepada Muhamad Aqil Amsyar Bin Yusri manakala penjaga gol terbaik diberikan kepada Muhamad Shazwan Bin Sharudin.
Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, perlawanan sengit di final antara dua pasukan menyaksikan pasukan Charo B berjaya menewaskan pasukan Veera X dengan jaringan 3-0 untuk dinobatkan juara di Pahang.
Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada Muhammad Shafiq Shafiza Bin Zahari manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Shamsul Zulhaikimie Bin Abu Supin.
Keputusan penuh Hidup Bola Milo Pahang:
Bawah 12 Tahun
Juara : Putrajaya C
Naib Juara : SBJ Warriors
Ketiga Bersama : Kuantan Tiger A & RSJ JR
Bawah 16 Tahun
Juara : Charo A
Naib Juara : Veera X
Ketiga Bersama : Bukit Chedang & Andalusia
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.