MSN Terengganu Juara Piala Pengarah MSN Terengganu 2018!

Skuad futsal MSN Terengganu (SUKMA) berada dalam landasan terbaik menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Perak September depan.

Mereka telah muncul juara di Kejohanan Futsal Jemputan Pra Sukma Piala Pengarah MSN Terengganu 2018 baru-baru ini.

MSN Terengganu

Kejohanan anjuran MSN Terengganu dengan kerjasama UNISZA dan UMT ini telah menghimpunkan 5 pasukan iaitu MSN Terengganu, MSN Pahang, MSN Wilayah Persekutuan, UNISZA dan UMT. 3 pasukan MSN ini dalam persiapan menjelang SUKMA manakala 2 pasukan universiti dalam persiapan menjelang Liga Futsal IPT.

Selaku juara dengan mengumpul 12 mata skuad MSN Terengganu berjaya membawa trofi kejohanan dan juga wang tunai RM 1000. Skuad ini juga yang beraksi di Liga Futsal Kebangsaan dijangka menjadi calon utama juara futsal SUKMA edisi kali ini jika melihat kepada prestasi semasa mereka.

Keputusan penuh

Johan: MSN Terengganu
N. Johan: MSN Wilayah Persekutuan
Ke3: MSN Pahang
Ke4: UNISZA
Ke5: UMT

MSN Wilayah Persekutuan
MSN Pahang
UNISZA
UMT

 

 

One thought on “MSN Terengganu Juara Piala Pengarah MSN Terengganu 2018!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top