
Cabaran Baru Ridzwan Bakri
On February 10, 2017 by FixoKemunculan Liga Futsal Sabah pada penghujung tahun lepas bagi mencari bakat-bakat baru tampak satu inisiatif yang baik buat mereka untuk menghadapi LFK 2017 ini.
Namun begitu penarikan pasukan Sabah di saat akhir amat mengejutkan kesemua pihak termasuklah para pemain sendiri. Penarikan di saat akhir sewaktu pendaftaran pemain ingin ditutup membuatkan pemain Sabah hilang arah tuju. Kemana mereka akan pergi sedangkan Sabah mempunyai banyak bakat dalam futsal ini yang boleh diketengahkan.
Penarikan tersebut memberikan peluang buat pasukan lain untuk mendapatkan khidmat para pemain Sabah ini namun hanya dua pemain sahaja yang mendapat peluang iaitu Ridzwan Bakri akan bermain dengan pasukan Sabah manakala Adam akan bermain dengan pasukan Perak.
“Saya agak kecewa dan sedih dengan penarikan pasukan Sabah dari LFK 2017. Kesian kepada pemain-pemain lain yang sudah bersedia untuk membawa cabaran nanti” kata Ridzwan.
Bagaimanpun penjaring terbanyak pasukan Harimau Malaysi di AFF Futsal 2016 tempoh hari percaya pasukan Sabah akan kembali di musim akan datang dan beliau akan kembali bermain bersama mereka nanti.
“Untuk LFK 2017 ini saya berharap dapat membantu pasukan Pahang mendapat tempat yang terbaik di musim ini. Sehingga kini bantuan rakan dan coach banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri bersama pasukan baru ini” katanya.
Pasukan Pahang akan bertemu pasukan Perak dan KL TPD di pusingan pertama minggu ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.