Kejohanan Futsal AFF 2016 yang dibatalkan baru baru ini bakal dilangsungkan pada Januari 2017 ini.
Perkara ini telah diputuskan di AFF 7th Council Meeting untuk sesi 2015/2019 yang berlangsung semalam di Bangkok Thailand.
Keputusan ini juga telah dipersetujui oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dimana mereka akan kembali menjadi tuan rumah pada Januari ini.
Mereka yang sepatutnya menjadi tuan rumah pada tahun ini terpaksa menarik diri akibat permergian Raja Thailand , Bhumipol Adulyadej.
Usaha dan komitmen pihak AFF dalam pembangunan sukan futsal ini di peringkat Asean telah membuatkan mereka akan menganjurkan Kejohanan Futsal AFF sebanyak dua kali pada tahun hadapan.
Vietnam telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi edisi 2017 dimana kejohanan dijangka akan berlangsung pada bulan 1-11 November 2017.
Kejohanan ini juga akan digunakan untuk pusingan kelayakan Kejohanan Futsal AFC untuk tahun 2018.
Kredit foto : AFF