SMK Raja Abdullah B & SMK Batu Muda B Juara Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Daerah Sentul 2025

Sentul, 21 September – Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Daerah Sentul 2025 melabuhkan tirai semalam dengan penuh meriah, menyaksikan kehebatan bakat-bakat muda yang beraksi di dua kategori iaitu U14 dan U16.

Aksi sengit sepanjang kejohanan akhirnya menobatkan SMK Raja Abdullah B sebagai juara kategori U14, manakala SMK Batu Muda B pula tampil dominan untuk menggondol gelaran juara kategori U16.

Kategori U14

SMK Raja Abdullah B menampilkan persembahan mantap sejak peringkat kumpulan hingga final, sebelum dinobatkan juara.

Juara: SMK Raja Abdullah B – RM1,000 + Piala + Medal + Barangan Figos

Naib Johan: SMK Segambut – RM700 + Medal + Barangan Figos

Ketiga: SMK Batu Muda – RM500 + Medal

Keempat: SMK Raja Abdullah A – RM300

Anugerah Individu
Penjaring Terbanyak: Adam Rayyan Johan (SMK Batu Muda) – 12 gol
Penjaga Gol Terbaik: Bazli Harith (SMK Raja Abdullah B)
Pemain Terbaik: Ahmad Faheem (SMK Raja Abdullah B)
Pemain Paling Bernilai (MVP): Khairul Haikal (SMK Segambut)

Kategori U16

SMK Batu Muda B membuktikan dominasi apabila muncul juara selain menyapu hampir kesemua anugerah individu.

Juara: SMK Batu Muda B – RM1,200 + Piala + Medal + Barangan Figos

Naib Johan: SMK Agama KL – RM800 + Medal + Barangan Figos

Ketiga: SMK La Salle – RM500 + Medal

Keempat: SMK Batu Muda A – RM300

Keempat: SMK Batu Muda A – RM300

Anugerah Individu
Penjaring Terbanyak: Putra Irwan Shah (SMK Batu Muda B) – 20 gol
Penjaga Gol Terbaik: Muhammad Zharfan (SMK Batu Muda B)
Pemain Terbaik: Putra Irwan Shah (SMK Batu Muda B)
Pemain Paling Bernilai (MVP): Putra Irwan Shah (SMK Batu Muda B)

Hadiah & Tajaan Figos

Selain piala dan wang tunai, para pemenang turut menerima hadiah sumbangan Figos:
Penjaring Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik, Pemain Terbaik: Trofi & sepasang kasut Figos

Pemain Paling Bernilai (MVP): Kontrak bersama Figos selama 1 tahun


Majlis penutup kejohanan turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan yang menyampaikan hadiah kepada pemenang:

En Hafiz – Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Batu
Pn Lidyawati – Timbalan Pengarah MSWP
En Faizal Karnim – Ketua Biro Sukan Parlimen Batu
En Attamimi – Pengurus Kawasan, Pejabat Cawangan Batu, DBKL

Kejohanan ini sekali lagi membuktikan bahawa daerah Sentul terus melahirkan bintang-bintang muda futsal yang berbakat besar. Dari jaringan Adam Rayyan di U14 hingga keledakan Putra Irwan Shah di U16, generasi pelapis ini dijangka menjadi wajah baru futsal Malaysia di masa depan.

Arena Futsal Malaysia (AFM) mengucapkan tahniah kepada semua pasukan, guru pengiring, penganjur, penaja serta para tetamu kehormat yang menjayakan kejohanan ini.