Sejarah baharu tercipta dalam arena futsal tanah air apabila Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah buat julung kalinya dianjurkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kejohanan ini berlangsung pada 16 – 20 September 2025 bertempat di SLK Sports Centre dan menghimpunkan pasukan-pasukan sekolah menengah sekitar daerah Sentul.
Apa yang menjadikan penganjuran ini istimewa adalah kerana kejohanan futsal sekolah-sekolah sebenarnya tiada dalam kalendar rasmi sukan di bawah Kementerian Pendidikan. Namun, dengan inisiatif bersama dan kerjasama erat pelbagai pihak, ia akhirnya berjaya direalisasikan.
Penganjur & Pelaksana
Kejohanan ini dibawa khas oleh Pejabat Ahli Parlimen Batu, dengan FK Sports Revolution bertindak sebagai pelaksana teknikal. Ucapan penghargaan diberikan kepada YB P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu, atas keyakinan dan sokongan penuh beliau dalam usaha mengangkat bakat muda futsal ke peringkat lebih tinggi.

Penyokong Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL) , Pejabat Pendidikan Daerah Sentul (PPD Sentul) dan tidak lupa kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)

Penaja Rasmi
Aiman Platinum, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, FIGOS, Mahamas Ambulance, Komuniti Madani Zon 4 Batu, PIVO, Sri Ternak Group of Companies, Jantzen, Jabatan Penerangan Malaysia dan OPI
Langkah Besar untuk Futsal Muda
Kejohanan ini bukan sahaja medan persaingan, tetapi juga platform mencungkil dan menggilap bakat pelajar sekolah yang berpotensi. Ia adalah langkah besar dalam usaha membina ekosistem futsal lebih tersusun di peringkat akar umbi, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Arena Futsal Msia (AFM) akan terus membawakan liputan dari gelanggang sepanjang kejohanan ini berlangsung. Nantikan sorotan perlawanan, aksi menarik dan wajah-wajah bintang muda yang bakal mencuri tumpuan.
⚽ Kuala Lumpur kini membuka lembaran baharu untuk futsal sekolah-sekolah

