
MPFL
Selangor TOT Lantik Patt Sriwijit Sebagai Jurulatih Baru
On November 10, 2022 by FixoSelangor TOT semakin bernafsu menempa kecemerlangan untuk saingan MPFL musim hadapan. Ini selepas kelab itu merekrut Patt Sriwijit sebagai jurulatih baru mereka.
Sriwijit hadir dengan reputasi mengagumkan di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan Thailand.
Sebelum bergelar jurulatih Thailand, beliau pernah menjulang Liga Futsal Thailand sebanyak dua kali pada 2020 dan 2021 bersama PTT Bluewave Chonburi.
Selepas diberi kepercayaan mengendali pasukan Gajah Perang, Sriwijit membantu mereka memenangi pingat emas futsal lelaki Sukan SEA 2022 dan Kejohanan Futsal AFF 2022.
Kini, dengan Selangor TOT, penyokong berharap sentuhan emasnya itu membantu kelab meneruskan kecemerlangan dalam MPFL musim hadapan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.