Negeri Sembilan Umum Sesi Pemilihan Pemain

Negeri Sembilan Futsal MPFL

Sebagai persiapan menghadapi saingan MPFL 2023, Negeri Sembilan bakal mengadakan pemilihan terbuka bagi memilih pemain-pemain baru mewakili pasukan negeri berkenaan.

Pemilihan terbuka pemain dijangka diadakan pada 12 – 13 November 2022 di Centre Court, Kompleks Sukan Negeri, Paroi.

Pemilihan pemain dijangka berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Mana-mana individu yang berminat menjadi sebahagian pasukan futsal Negeri Sembilan, boleh rujuk poster di bawah.