Tamat liga dan Vietnam meneruskan persediaan pasukan kebangsaan.

Tamat saja liga futsal Vietnam pada 26 November lepas ketua jurulatih futsal Vietnam Pham Minh Giang tak tunggu lama dengan memanggil 21 pemain untuk sertai kem latihan pusat.

Kem latihan pertama ini bermula pada 30 November sehingga 20 Disember depan adalah bagi persediaan mereka ke Kejohanan Futsal AFC yang ditunda ke bulan Mac tahun depan.

Daripada 21 pemain yang dipanggil 12 daripadanya adalah pemain pasukan juara liga mereka tahun ini, Thรกi Sฦกn Nam. Seperti biasa pemain daripada pasukan ini merupakan yang paling banyak bermain dengan pasukan futsal Vietnam setiap tahun.

Barisan pemain yang dipanggil:
Hแป“ Vฤƒn ร – Thรกi Sฦกn Nam.
Nguyแป…n Hoร ng Anh – Sanvinest Sanatech KH.
Phaฬฃm Vฤƒn Tuฬ – Thรกi Sฦกn Bแบฏc.
ฤoaฬ€n Minh Quang – Sahako FC.
Trแบงn Vฤƒn Vลฉ – Thรกi Sฦกn Nam.
Phแบกm ฤแปฉc Ho – Thรกi Sฦกn Nam.
Nguyแป…n Mแบกnh Dลฉng – Thรกi Sฦกn Nam.
Nhan Gia Hฦฐng – Thรกi Sฦกn Nam.
Chรขu ฤoร n Phรกt – Thรกi Sฦกn Nam.
Nguyรชฬƒn Anh Duy – Thรกi Sฦกn Nam.
Trรขฬ€n Thaฬi Huy – Thรกi Sฦกn Nam.
Lรช Quรดฬc Nam – Thรกi Sฦกn Nam.
Nguyรชฬƒn Thiฬฃnh Phaฬt – Thรกi Sฦกn Nam.
Nguyรชฬƒn Minh Triฬ – Thรกi Sฦกn Nam.
ฤแบทng Anh Tร i – Thรกi Sฦกn Nam.
Khแป•ng ฤรฌnh Hรนng – Sanvinest Sanatech KH.
Nguyรชฬƒn Vฤƒn Hiรชฬu – ฤร  Nแบตng FC.
Huyฬ€nh Mi Woen – Cao Bฤƒฬ€ng FC.
Vลฉ ฤแปฉc Tรนng – Thรกi Sฦกn Bแบฏc.
Nguyแป…n Thร nh Tรญn – Thรกi Sฦกn Bแบฏc.
Tฦฐฬ€ Minh Quang – Thรกi Sฦกn Bแบฏc.

Ini merupakan latihan pusat kedua tahun ini untuk Vietnam selepas Pham Minh Giang membawa anak-anak buahnya berlatih di Sepanyol selama 10 hari pada bulan Februari lepas. Selepas itu latihan dan persediaan mereka terpaksa dihentikan kerana semua aktiviti sukan terhenti akibat Covid-19.

Di Sepanyol mereka mengadakan 3 perlawanan persahabatan dan meraih satu kemenangan daripada perlawanan ini. Tewas 1-3 dengan UMA Antequera dan tewas 1-2 dengan Real Betis serta menang 6-2 dengan pasukan Malaga.

Untuk Kejohanan AFC Futsal Mac depan Vietnam diundi dalam kumpulan A bersama Turkmenistan, Tajikistan dan Oman. Selain Vietnam, wakil daripada ASEAN adalah pasukan Thailand dan Vietnam.

Kejohanan bakal menjadi ujian pertama untuk Pham Minh Giang yang mengambil tugas jurulatih futsal Vietnam daripada Miguel Rodrigo tahun lepas. Dia perlu memilih 14 pemain terbaik untuk membantu meraih misi 5 pasukan terbaik Asia bagi mendapatkan slot ke Piala Dunia.

4 thoughts on “Tamat liga dan Vietnam meneruskan persediaan pasukan kebangsaan.

Comments are closed.