Kuala Lumpur: Kapten skuad futsal wanita negara Farahiyah Muhd Ridzuan percaya mereka mampu melakukan kejutan pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

Berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri serta peningkatan prestasi pemain, dia melihat bukan sesuatu yang mustahil untuk mereka menyaingi pasukan pilihan Thailand dan Vitenam kali ini selepas sekadar meraih gangsa ketika kali terakhir acara itu dipertandingkan di Sukan SEA 2013 Myanmar.

โ€œThailand dan Vietnam pasukan yang kuat, malah kita juga kena berjaga-jaga dengan Indonesia. Tapi pada saya ia bukan satu masalah pasukan lawan kuat kerana kita akan main untuk menang.

โ€œInsya-Allah dengan komitmen semua pemain, tidak mustahil untuk kita buat kejutan,โ€ kata Farahiyah.

Gadis berusia 24 tahun iniย mungkin antara pemain bertubuh kecil dalam pasukan namun dia antara pemain yang cukup berpengalaman apabila sudah menyarung jersi kebangsaan sejak berusia 14 tahun.

Malah Farahiyah yang berasal dari Kota Bharu Kelantan antara anggota skuad yang memenangi gangsa empat tahun lalu ketika menewaskan pasukan tuan rumah 4-2.

โ€œMungkin ketika itu kita hanya mendapat gangsa tapi peluang kali ini lebih baik kerana ramai pemain muda serta taktikal jurulatih baru selain semangat juang tinggi yang ada dalam pasukan ini,โ€ katanya.

Skuad futsal wanita kebangsaan sedang giat membuat persiapan dengan beberapa aksi persahabatan antarabangsa termasuk menewaskan Hong Kong dua kali menerusi keputusan 5-3 dan 2-1.

Artikel oleh :ย Aziman Rosdi / Harian Metro