PDRM & Negeri Sembilan Menang Selesa (Rumusan Hari 3 Sirkit 5)

Hanya dua perlawanan sahaja pada ketiga sirkit 5 selepas dua perlawanan antara ATM lawan KPT-PST Mustangs dan Selangor TOT United lawan Shah Alam City dipinda ke tarikh lain.


PDRM yang turun menentang Kuala Lumpur tidak menghadapi masalah untuk meraih 3 mata yang seterusnya. Menang selesa 9-2 ke atas Kuala Lumpur. Skuad kendalian Addie Azwan memberikan asakan dan tidak memberi peluang kepada lawan pada perlawanan kali ini. Mereka manfaatkan segala peluang yang ada.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan terus gah mengekalkan rekod kemenangan dan kali ini KL City menjadi mangsa terbaru. Negeri Sembilan membuka jaringan terlebih dahulu daripada Nazri Yunus sebelum Syazwan Musa menamatkan separuh masa kedua dengan tambahan satu lagi gol.

Masuk separuh masa kedua mereka terus tidak menunggu lama untuk menambah gol daripada Dodie Al Fareq. Gol Negeri Sembilan yang lain dijaringkan oleh Zharil Izad, Ahmad Zulfathi, Navin Das dan Sufri Shamil untuk kemenangan 7-2 ke atas KL City.

Dengan kemenangan Negeri Sembilan menjadi pendahulu liga buat kali pertama dengan kelebih 1 mata dengan Selangor MAC.