Berdasarkan pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh pihak FAM, Kini tanda tanya peminat futsal tanah air kini terjawab. Daripada 18 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan kini hanya tinggal 14 pasukan yang akan bersaing bagi musim 2023. Setelah mengambil kira semua faktor termasuk perancangan awal pasukan, rakan penaja MPFL dan persediaan pasukan kebangsaan.
Jadual rasmi pertandingan akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari pihak penyiar rasmi (HB). Bagaimanapun, bagi memberi ruang kepada semua pihak membuat persiapan terperinci, dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh sepak mula MPFL 2023 adalah pada 18 Febuari 2023.
Format seperti berikut:-
1. Pertandingan Home/Away di venue pilihan pasukan.
2. Empat (4) pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan kalah mati timbal balik. Bermula dari Suku Akhir hingga Final.
14 pasukan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut
Kumpulan A
ATM
Kedah
KPT-PST Mustang
Pulau Pinang
Pahang Rangers
Terengganu
Sabah
Kumpulan B
Johor Darul Ta’zim
KL City FC
Kuala Lumpur
Selangor MAC
Selangor Tot United
Shah Alam City
PFA Odin Sarawak

Manakala pertandingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2023 yang dijadualkan selepas tamat MPFL adalah seperti berikut:
- Timbal balik dua (2) pusingan (home/away) melibatkan lapan (8) pasukan terbaik MPFL 2023,
- Enam (6) slot: Tiga (3) pasukan teratas dari kumpulan A dan B di saingan MPFL layak secara automatik.
- Dua (2) slot: Pasukan di tempat ke-4 dan 5 dari kumpulan A dan B di saingan MPFL akan bermain di pusingan kelayakan.
Tarikh : Ogos – September 2023 (Tentatif)