Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail Terus Kekal Terajui Futsal & Bola Sepak Pantai

Ahad lepas berlangsung mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Dihadiri oleh kesemua ahli jawatankuasa yang baru bagi membincangkan tentang visi dan misi bagi tempoh empat tahun iaitu dari 2021 hingga 2025.

Dalam masa sama turut diumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa serta pengurus pasukan-pasukan kebangsaan. Mereka semua akan dipantau menerusi pengenalan Kad Laporan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan menjadi penanda aras dengan prestasi dan tugasan mereka Bersama portfolio masing-masin.

Untuk Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, seperti dijangkakan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail terus akan kekal mengetuai unit ini untuk penggal baru selaku Pengerusi dan dia akan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Datuk Mohd Hisamudin Yahaya.

Datuk Seri Haji Rosmadi juga dilantik sebagai pengurus pasukan futsal lelaki kebangsaan dan bagi pasukan wanita, Dr. Siti Faidul Maisarah akan menggalas tugas sebagai pengurus pasukan.

Untuk tahun ini kalendar futsal dijangka akan bermula pada Jun depan dengan Malaysia Futsal Premier League manakala bagi pasukan kebangsaan buat masa ini kejohanan yang akan disertai adalah sukan SEA 2021 di Vietnam yang menganjurkan acara futsal dan bola sepak pantai.

3 thoughts on “Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail Terus Kekal Terajui Futsal & Bola Sepak Pantai

  1. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

  2. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

  3. It’s perfect time to make a few plans for the long run and it’s time to be happy.
    I have read this post and if I may just I desire to counsel you some attention-grabbing things or suggestions.
    Maybe you could write subsequent articles relating to this article.
    I wish to learn even more things approximately it!

Comments are closed.