Pemain pasukan KPT-PST Mustangs, Iskandar Aliff tidak menyangka penampilan pertama dia di saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 bermula dengan baik apabila dia berjaya menjadi pemain kedua menjaringkan hatrik di liga pada sirkit pertama.
Di sirkit pertama tempoh hari Iskandar membantu pasukannya meraih keputusan seri 5-5 dengan Perak dan dalam masa yang sama dengan jaringan 3 gol dia di perlawanan tersebut, Iskandar kini merupakan pendahulu senarai penjaring terbanyak setakat ini.
“Alhamdulillah,hasil titik peluh saya selama ini berjaya membuahkan hasil. Saya berterima kasih kepada coaches dan management atas segala peluang yang diberikan kepada saya, peluang yang diberikan saya gunakan sehabis baik. Saya sendiri pun masih terkejut dengan diri saya bagaikan dibuai mimpi kerana dapat menjaringkan goal hatrik hasil bantuan rakan sepasukan pada debut mpfl saya.”
Walaupun masih awal, pelajar Universiti Sains Malaysia percaya dia akan meneruskan mencipta nama sebagai penjaring dan dalam masa sama dia mahu membuktikan pasukan KPT-PST Mustang yang dibarisi pelajar dapat membuktikan sesuatu di liga ini. Mahu berjaya dalam akademik dan juga sukan futsal.
“Di debut saya ini ini saya mahu mencapai target yang diberikan untuk pasukan dan juga target saya sebagai individu pada musim ini ialah untuk mengambil pengalaman yang ada ini supaya saya akan menjadi player yang lagi bagus pada masa akan datang.”
Untuk sirkit kedua hujung minggu ini, pasukan KPT-PST Mustangs akan menanti cabaran Pahang Rangers pada hari Ahad.

Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.