FUTSAL CIRCUIT 2025 BERAKHIR GEMILANG – SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) DINOBATKAN JUARA

Putrajaya, 23 Julai 2025 – Kejohanan Futsal Circuit 2025 yang berlangsung selama dua hari pada 19–20 Julai 2025 di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18 melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah Putrajaya.

Sebanyak enam pasukan bertanding, menampilkan bakat-bakat muda futsal dari sekolah-sekolah sekitar Putrajaya. Dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik, SMK Putrajaya Presint 11(1) menewaskan lawan mereka dan dinobatkan sebagai Juara keseluruhan Futsal Circuit 2025. SMK Putrajaya Presint 11(2) meraih naib juara, manakala SMK Putrajaya Presint 9(2) di tempat ketiga.

Kejohanan ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran penaja, sesi pengenalan produk, serta ruang interaksi komuniti sekolah, menjadikan Futsal Circuit bukan sekadar pertandingan tetapi juga platform jaringan dan pembelajaran.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, pihak sekolah, guru pengiring, sukarelawan, dan komuniti setempat yang bersama menjayakan edisi tahun ini. Diharapkan Futsal Circuit akan terus menjadi platform pengembangan bakat futsal remaja pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Jamallul Hakim Bin Jamal Lulkhir
Futsal Circuit 2025
Tel: 013-233 6025
Emel: jamallul_hakim@yahoo.com