Flight Delay Tiba Lambat Di Lokasi Perlawanan! Tapi..

Pasukan PFA Odin Sarawak mencuri perhatian dalam saingan MPFL Divisyen 2 2025 selepas mencatat tiga kemenangan daripada empat perlawanan, meskipun berdepan cabaran besar dari aspek logistik. 4 tahun mereka mengharungi cabaran ini. Tapi tidak sedikit semangat mereka luntur!

Pada Hari Perlawanan 3, skuad muda ini terpaksa berdepan situasi sukar apabila penerbangan mereka dari Sarawak ke Kuala Lumpur mengalami kelewatan. Pasukan hanya tiba di KLIA kira-kira sejam sebelum sepak mula menentang Pahang Rangers B. Tanpa sempat menjalani sesi pemanas badan, hanya lapan pemain bersama jurulatih tiba dahulu dan terus ke gelanggang. Baki pemain masih dalam perjalanan.

Namun begitu, mereka berjaya mencatat kemenangan bergaya 3-1, sekaligus membuktikan kekuatan mentaliti dan fokus pasukan.

Pada Hari Perlawanan 4 pula, PFA Odin meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan KL 2 dengan keputusan 4-2. Kini, pasukan dari Borneo itu telah mengumpul sembilan mata, dan berada dalam kelompok teratas carta liga bersama ATM dan USMKK FC.

Apa yang lebih membanggakan, majoriti pemain PFA Odin adalah berusia 20 tahun ke bawah, menjadikan mereka antara skuad termuda dalam liga. Dengan jadual yang memerlukan penerbangan ke Semenanjung setiap minggu, pengurusan pasukan tetap berjaya mengurus logistik tanpa menjejaskan prestasi di gelanggang.

Dengan semangat juang dan disiplin tinggi, PFA Odin Sarawak kini muncul sebagai antara pencabar serius untuk musim ini