Feroz Karnim: Sekadar Berkongsi Pengalaman

Bekas pemain kebangsaan, Mohamad Feroz Bin Ab Karnim yang memulakan kariernya sebagai seorang pemain futsal pada tahun 2001 mewakili pasukan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 2002 dia dipanggil untuk menyertai skuad negara yang dibimbing oleh jurulatih dari Brazil, Silvio Machado.

Oleh kerana minat yang mendalam terhadap futsal, Feroz Karnim sanggup meninggalkan bola padang yang diceburinya pada ketika itu, dia mewakili pasukan Telekom Melaka di Liga Perdana dibawah bimbingan Mat Zan Mat Aris.

Kredit foto: FB Mohamad Feroz Abd Karnim

Menurut Feroz Karmin, ketika itu futsal di Malaysia sedang meningkat naik dan mula dikenali di ASEAN.

โ€œSetiap Kejohanan AFF tidak pernah mengecewakan apabila kami sentiasa dibelakang Thailandโ€, katanya.

Bagaikan kenangan yang terindah buat Feroz Karnim apabila Malaysia mencipta sejarah pada Sukan Sea 2007, setelah berjaya mendapat pingat perak dibawah bimbingan P. Balakrishnan.

Kredit foto: FB Moahamad Feroz Abd Karnim

Beliau mempunyai pendapat tersendiri mengenai perbezaan sukan futsal dulu dan kini. โ€œTidak dapat dinafikan futsal sekarang futsal moden yang memerlukan disiplin yang tinggi, fitnessย yang cukup, kepantasan, idea dan kekuatan dalam setiap individuโ€.

Feroz Karnim menamatkan kariernya pada tahun 2008 dan beralih arah ke bidang kejurulatihan pada 2009. Memulakan kariernya dalam bidang itu sebagai penolong jurulatih Selangor yang dibimbing oleh rakan sepasukannya dalam skuad negara, Addie Azwan Zainal, juga ketua jurulatih skuad futsal wanita negara kini.

Kredit foto: FB Moahamad Feroz Abd Karnim

Selain itu, dia juga pernah menjadi Penolong Jurulatih pasukan KLMK pada tahu 2016. Kemudian, di tahun yang sama dia menjadi ketua jurulatih skuad liga IPT Kolej Komuniti Johor dan mendapat tempat ke-3 keseluruhan.

Kini, dia banyak menjadi jurulatih skuad futsal amatur seperti pasukan PDRM, LHDN dan banyak lagi pasukan amatur.

Kredit foto: Mohamad Feroz Abd Karnim

Feroz Karnim menasihati pemain-pemain LFK terutamanya untuk teruskan perjuangan bagiย mencapai tahap yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan yang diwakili agar dapat bermain lebih jauh dan bersaing untuk merebut tempat dalam skuad negara.

โ€œKepadaย pemain yang ketika ini mewakili negara janganlah terlalu megah dengan status sahaja,ย harus bekerja keras dan meningkatkan usaha untuk terus maju ke depan kerana masih ramai lagiย yang mengejar anda dariย belakang untuk mendapatkan tempat dalam skuadโ€, nasihat Feroz Karmin.

Kredit foto: Mohamad Feroz Abd Karnim

Walaubagaimanapun, dia berharap agar pihak FAM dapat membuat 1 perubahan pada liga yang sedia ada agar ianya lebih kompetetif. Ianya adalah untuk kebaikan skuad negara.

โ€œBayangkan dengan liga 3 bulan sahaja skuad negara mampu mencapai tahap seperti masa kini. Tidak mustahil sekiranya FAM lakukan liga yang lebih kompetetif dalam masa terdekat pasukan negara mampu pergi lebih jauh kehadapanโ€

โ€œWujudkan liga LFK U21 untuk membantu dan menjadi aset kepada skuad seniorโ€, katanya sekadar memberi pendapat.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

4 thoughts on “Feroz Karnim: Sekadar Berkongsi Pengalaman

Comments are closed.