Dari Terengganu Demi Malaysia! Markless Komii Muncul Juara AFF Beach Soccer Championship 2021.

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pasukan bola sepak pantai daripada Terengganu, Markless Komii yang mewakili Malaysia ke AFF Beach Soccer Championship 2021 di Pattaya, Thailand mencipta kejutan dengan kejayaan muncul juara untuk edisi ke-4 ini.

Atas faktor persediaan pasukan kebangsaan, difahamkan pasukan daripada Terengganu ini yang dibimbing oleh coach Wan Adremy mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menggalas tugas negara.

Untuk edisi ke-4 ini hanya 4 pasukan sahaja yang mengambil bahagian dan Markless Komii berjaya meraih kemenangan di semua perlawanan. Bermula dengan garang dengan menewaskan All Star Inter 13-3.

Kemudian Markless Komii turun di perlawanan kedua menentang pasukan Thailand A. Menerima tentangan sengit tapi mereka berjaya meraih kemenangan 5-4 sebelum turun di perlawanan terakhir petang tadi dan memastikan kemenangan 5-3 ke atas Thailand B untuk membawa pulang kejuaraan.

Mereka berjaya mengulangi pencapaian skuad bola sepak pantai yang muncul juara pada edisi pertama tahun 2014, kemudia di edisi kedua dan ketiga tahun 2018 serta 2019 skuad negara berada di kedudukan ketiga.

Selain daripada itu mereka juga pulang dengan dua kejayaan tambahan menerusi Mohamad Zaharim yang dinobatkan sebagai pemain terbaik manakalah Mohd Norazman diangkat sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Tahniah buat Markless Komii! Dari Terengganu demi Malaysia!

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved