Dari Pantai Timur Ke Pantai Timur! Pahang Rangers Umum Pemain Baru. Siapa dia?

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pahang Rangers mengumumkan pemain baru dengan membawa masuk pemain daripada Terengganu, Alif Mat Amin! Pemain berusia 23 tahun berasal dari Dungun dan bermain di posisi ala.

Alif mula mencipta nama di Liga IPT bermain bersama Universiti Tun Hussein Onn kemudian dia juga pernah dipanggil bermain bersama pasukan IPT Malaysia (KPT PST Mustang).

Pada tahun 2019 dia mula mendapat tempat bermain di Malaysia Premier Futsal League selepas mendapat panggilan Terengganu. Di musim pertama Alif tak tunggu lama untuk membuktikan kemampuan dan dia berjaya menjadi salah seorang penjaring terbanyak pasukan dan di MPFL.

Alif juga berjaya membantu Terengganu meraih tempat ketiga di MPFL musim pertama tersebut. Kelincahan Alif dan kemampuan dia untuk menjaringkan gol membuatkan nama dia pernah dipanggil ke kem futsal kebangsaan di bawah kendalian Coach Chiew Chun Yong dan kami pasti nama dia kini terus menjadi salah seorang daripada senarai pemain kebangsaan untuk kejohanan akan datang.

Selepas 3 tahun bersama Terengganu sejak 2019, kini Alif menjadi tonggak baru buat pasukan Pahang Rangers. Jika tiada masalah mungkin Alif akan beraksi di dua perlawanan persahabatan di lembah klang esok dan Sabtu ini.

Semoga berjaya Alif!

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved